Saturday, September 5, 2009

Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah

             Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, iaitu Melayu, Cina dan India. Rentatan itu, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah amat mustahak. Walau bagaimanpun, kita mendapati semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin merosot dari semasa ke semasa. Apakah langkah yang efektif perlu kita lakukan untuk menanam semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak?

 Langkah yang berkesan untuk menyemai semangat perpaduan dalam jitu anak-anak ialah mulakannya dari rumah. Dari segi ini, ibu bapa memainkan karakter yang sangat penting. Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan dengan jiran tetangga sejak kecil-kecil lagi, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu bertegur sapa dengan jiran tetangga pada pertemuan setiap kali. Sehubungan itu, sekiranya jiran kita mengalami apa-apa masalah, sebagai seorang “role model”, ibu bapa harus menghulurkan tangan kepada jiran tetangga dengan hati yang ikhlas.

 Di samping itu, ibu bapa perlu megajak anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk bersama-sama menyambut perayaan kaum dan agama. Janganlah ibu bapa meninggalkan anak-anak di rumah, hal ini akan menyebabkan anak-anak terlalu bergantung kepada rumah. Sekiranya anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga dan meraikan perayaan bersama-sama dengan jiran, hubungan silaturahim akan menjadi erat dan juga dapat memulihkan semangat perpaduan yang semakin merosot.

 Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu memberi dorongan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum. Contoh aktiviti ialah program  PLKN dan RIMUP yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam proses program-program ini, anak-anak dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum. Anak-anak juga dapat berkenal dengan kawan baharu dalam program-program tersebut.

 Demi menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang scenario masyarakat majmuk di Malaysia dan juga bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak. Ibu bapa harus bercerita tentang bagaimana tokoh-tokoh Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dapat memperjuangkan kemerdekaan bersama-sama dan juga semua warganegara bercita-cita mencapai Wawasan 2020.

 Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak menonton filem dan drama yang bertema perpaduan antara kaum. Selain itu, ibu bapa juga perlu menemani anak-anak menonton filem tersebut kerana ibu bapa dapat menerangkan kepentingan perpaduan kepada anak-anak. Selain daripada filem, ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak mendengar lagu-lagu yang berkaitan dengan perpaduan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu menjelaskan makna yang didapati dalam lagu tersebut supaya anak-anak dapat mengetahui kepentingan perpaduan.

 Usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak yang bermula dari rumah, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab ini. Sekiranya anak-anak dapat menggembleng tenaga dengan ibu bapa, semangat perpaduan dalam diri anak-anak mesti dapat dipupukkan. Boleh ibu bapa lakukan? Tepuk dada Tanya selera.