Saturday, August 29, 2009

masalah dalam beberapa subjek...

Sudah belajar di kelas 4Y selama 9 bulan, masalah yang paling saya sakit kepala ialah tentang pembelajaran dalam beberapa subjek.
Subjek yang paling membimbangkan saya ialah biologi. Oleh sebab sekolah telah menetapkan setiap tahun akan mengadakan 3 kelas aliran sains, saya terpaksa memilih aliran sains. Tetapi, banyak nama sel dan juga kegunaannya perlu dihafal. Sebaliknya, saya juga meminati dalam subjek kimia dan fizik.
Selain itu, subjek sejarah juga menyebabkan saya berasa khuatir. Banyak nama tokoh-tokoh dan sumbangan perlu dihafalkan dan saya juga ingin berputus asa dalam subjek ini. Subjek lain yang saya tidak memahami ialah matematik tambahan. Kadang-kala saya akan berasa bangga apabila dapat membanteras soalan-soalan yang susah. Tetapi, saya akan mendapatkan markah yang rendah dalam ujian.
Dalam cuti sekolah yang selama seminggu, saya telah menggunakan masa saya untuk menyiapkan kerja-kerja dan juga cuba untuk memahami subjek biologi dan juga matematik tambahan.

1 comment:

  1. KayKeat, menghadapi masalah dalam subjek-subjek yang dipelajari di sekolah itu memang perkara biasa. Kebanyakan pelajar akan menghadapi masalah yang sama. Apa yang lebih penting ialah kita perlu mengetahui kelemahan diri kita dan mencari jalan untuk mengatasi masalah. Pengurusan masa dan perancangan pembelajaran amat penting agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Cikgu berharap anda sudah mendapat idea dan mengetahui langkah yang perlu anda ambil untuk menangani masalah dalam pembelajaran kerana sudah 9 bulan anda belajar di tingkatan 4, masalah perlu diatasi dengan cepat agar tidak berlanjutan hingga tahun depan kerana anda akan menghadapi SPM. Semoga berjaya.

    ReplyDelete