Thursday, October 1, 2009

Ibu bapa mengharapkan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pelajaran..

Bak kata pepatah : “lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang.” Pada zaman teknologi ini, bidang pelajaran adalah dianggap sebagai sebuah agenda utama, oleh hal demikian, ibu bapa memelukkan harapan yang berlebih-lebihan kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang ini. Dalam konteks ini, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk merealisasikan hasrat tersebut?


Sebagai ibu bapa yang prihatin kepada anak-anak, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Mari kita mengambil contoh, seorang ibu bapa yang mengamalkan amalan membaca, dan selalu bercerita kepada anak-anak, adakah anak-anak tidak suka akan menbaca? Jawapannya, tidak. Anak-anak akan manta akan membaca. Selain itu, ibu bapa juga harus menyemai minat bacaan anak-anak sejak kecil-kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Demi menjayakan hasrat ini, ibu bapa dan keluarga memikul komitmen yang berat. Sebagai ahli keluarga, mereka harus memberikan dorongan yang ikhlas kepada anak-anak.Ibu bapa juga perlu merencanakan aktiviti yang bermanfaat kepada anak-anak untuk meredakan tekanan sementara ingin mencapaikan harapannya. Aktiviti tersebut boleh termasuklah mencuti mata dan berkhemah bersama dengan keluarga.


Di samping itu, ibu bapa juga perlu mengorak langkah secara prakarsa. Ibu bapa tidak harus terlalu sibuk dalam pekerjaan dan harus meluangkan masa demi menemani anak-anak membaca. Janganlah ibu bapa menganggap tindakan ini adalah bagai tiada beban batu digalas ataupun menghitung bulu kambing, kerana anak-anak amat memerlukan dorongan dan juga temanan ibu bapa semasa menghadapi masalah rumit. Jika ibu bapa dapat menemani anak-anak, mereka akan bermegah-megah akan kejayaan anak-anak sendiri pada hari muka.


Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu menyediakan ruang bacaan yang secukup besarnya. Ruang bacaan bolehlah diletakkan di tetamu atau bilik kosong, yang paling penting ialah selesa dan cahaya yang mencukupi. Ibu bapa dapat membeli buku-buku rujukan untuk menggalakkan anak-anak membaca. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga dapat menyediakan computer untuk membolehkan anak-anak membuat rujukan melalui internet.


Bak kata pepatah : “yang bulat tidak dating mengolek, yang pipih tidak dating melayang.” Oleh hal demikian, ibu bapa bukanlah sahaja mengharapkan anak-anak mencapai kejayaan, manakala perlulah memainkan karakter yang sungguh penting sekali dalam hal ini. Bolehkah ibu bapa lakukan? Tepukkan dada tanyalah selera.

No comments:

Post a Comment