Thursday, October 1, 2009

Keselamatan pelajar pada hari ini semakin membimbangkan. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin..

Dewasa ini, terdapat banyak berita tentang penculikan dan pengugatan pelajar telah dipaparkan di media massa. Hal ini telah membuktikan keselamatan pelajar telah semakin merisaukan. Bak kata pepatah : “ sebelum luka menjadi nanah, nanah menjadi barah,” oleh hal demikian, kita perlulah membuka langkah secara daya usaha untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin.

Dalam konteks ini, semua pihak telah memainkan karakter yang mustahak untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin, terutamanya pihak sekolah dan masyarakat. Rentatan itu, pihak sekolah dan masyarakat perlulah menggembleng tenaga untuk menjayakan matlamat ini, kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Pihak sekolah dianggap sebagai rumah kedua kepada pelajar, kerana kebanyakan masa pelajar adalah di sekolah. Oleh hal demikian, pihak sekolah bertanggungjawab menjaminkan keselamatan pelajar. Pihak sekolah harus merencanakan sebuah jadual untuk menetapkan guru-guru bertugas secara berturut-turutan selepas waktu sekolah. Guru-guru dapat memastikan pelajar dibawa oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing dan dapat menghalangkan kes penculikan tercetus.

Di samping itu, pihak sekolah haruslah menganjurkan ceramah kepada para pelajar supaya dapat dijadikan sebagai nasihat kepada pelajar. Tajuk ceramah perlu berkaitan dengan keselamatan pelajar dan mengajarkan pelajar tentang cara menjaga keselamatan diri sendiri. Sehubungan itu, pihak sekolah juga perlulah memantapkan undang-undang sekolah, iaitu melarang pelawat-pelawat memasuki kawasan sekolah. Hal ini dapat mencegah keselamatan pelajar terancam.

Sejajar dengan itu, masyarakat harus mengambil tindakan secara inisiatif. Jika mendapati orang yang menculik atau merugut pelajar, cepatlah menelefon pihak berkuasa untuk membanteras masalah ini. Masyarakat haruslah bekerjasama dengan pihak berkuasa. Janganlah masyarakat bersikap berpeluk tubuh atau beranggap tindakan itu adalah tiada beban batu digalas.

Selain itu, masyarakat juga bertanggungjawab mengekang masalah rumit ini. Jika mendapati pelajar yang mementingkan budaya hedonisme atau berpelesir di merata-rata tempat, cubalah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis kerana pelajar tidak tahu bahawa melepak di merata-rata tempat akan membahayakan mereka. Seterusnya, masyarakat janganlah bersikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Demi menjaminkan keselamatan para pelajar pada masa ini, semua pihak mestilah berganding bahu untuk menjayakan matlamat ini. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Boleh semua pihak lakukan? Cubalah tanya sendiri.

No comments:

Post a Comment